7 Haiwan Paling Terancam di Dunia Pada Tahun 2025: Perlumbaan Terakhir Sebelum Pupus

Bayangkan dunia tanpa harimau yang mengaum di hutan, tanpa badan berkeliaran di tanah lapang, dan tanpa spesies unik yang pernah menguasai ekosistem mereka. Inilah  realiti yang sedang kita hadapi. Tahun 2025 menyaksikan semakin banyak haiwan berada di ambang kepupusan akibat kemusnahan habitat, pemburuan haram, dan perubahan iklim yang semakin meruncing.

Namun, masih ada harapan! Pada saintis, aktivis dan pencinta alam di seluruh dunia berjuang tanpa henti untuk menyelamatkan spesies-spesies berharga ini sebelum semuannya terlambat. Dalam artikel ini, kita akan mengenali 7 haiwan paling terancam tahun ini dan usaha luar biasa yang sedang dijalankan untuk memastik mereka tidak lenyap dari muka bumi.

1.        Vaquita (Phocoena Sinus) – Mamalia Laut Paling Jarang Ditemui

Vaquita (sumber: wild for life)

Merupakan sejenis ikan lumba-lumba kecil yang berasal dari utara Teluk California. Dianggarkan spesis ini tinggal tidak kurang dari 10 ekor yang masih hidup di habitat luar. Disebabkan spesies ini terlalu kecil seperti ikan biasa, ia sering menjadi mangsa pukat penangkapan ikan haram. Masalah paling jelas adalah vaquita adalah spesies yang sangat sensitif. Ikan ini tidak boleh menghadapi tekanan apabila berada di jaring pukat dengan ikan-ikan lain menyebabkan ianya akan terus mati bila naik ke darat.

Sehingga kini, tiada usaha pemeliharaan khusus untuk vaquita kerana kesukaran dalam memelihara di bawah jagaan manusia. Oleh itu, usaha pemuliharaan lebih tertumpu kepada perlindungan habitat semula jadi mereka di utara Teluk California, Mexico.

2.        Badak Jawa (Rhinoceros Sondaicus) – Kurang Daripada 80 ekor

Dulu spesies ini banyak ditemui di seluruh Asia Tenggara, kini badak jawa hanya terdapat di Taman Negara Ujung Kulon, Indonesia. Kehilangan habitat dan pemburuan haram telah mengurangkan populasinya secara drastik. Namun terdapat pelbagai faktor kolektif yang menyebabkan spesies ini pupus iaitu bencana alam, kehilangan habitat akibat pembangunan dan imunisasi spesies yang rendah.

Bagi memastikan spesies ini tidak pupus, usaha memberikan tempat perlindungan kepada haiwan ini giat dijalankan. Taman Negara Ujung Kulon di Indonesia merupakan benteng terakhir untuk memelihara spesies ini dari kepupusan. Usaha pemuliharaan termasuk pengawasan ketat terhadap aktiviti manusia dan mencegah pemburuan haram melalui rondaan.

3.        Pangolin – Mamalia Paling Banyak Diperdagangkan di Dunia

(sumber gambar: Safari.com)

Pangolin atau dikenali sebagai tenggiling adalah mamalia unik yang tergolong dalam keluarga Pholidota. Terdapat lapan spesies pangolin yang terbesar di Asia dan Afrika. Ciri khas mereka adalah tubuh yang diliputi sisik keras dan terbuat dari keratin, sama seperti komponen rambut dan kuku manusia. Spesies ini menjadi ancaman kepada pemburu haram kerana sisik spesies ini amat berharga dan dipercayai mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Terdapat juga pembeli yang sanggup membeli spesies haiwan ini dalam pasaran gelap kerana dagingnya yang dijadikan makanan eksotik.

Masalah spesies ini kurang berkembang dan terancam juga adalah disebabkan produksinya sama seperti manusia yang melahirkan satu anak dalam satu masa sahaja. Ini bermakna populasi mereka sukar untuk pulih dengan cepat apabila mengalami penurunan akibat pemburuan atau kehilangan habitat.

Usaha yang dilakukan untuk memelihara spesies ini adalah dengan membuat kempen kesedaran kepada masyarakat. Kerjasama antarabangsa juga diperlukan untuk membanteras perdagangan haram pengolin melalui undang-undang dan operasi penguatkuasaan.

4.        Axolotl (Ambystoma Mexicanum) – ‘Ikan Berjalan’ di Ambang Kepupusan

(sumber gambar: National Geographic)

Axolotl, spesies amfibia dari keluarga salamander yang unit dan endemik di Mexico. Habitat asal mereka adalah di tasik-tasik beraltitud tinggi di sekitar Mexico City, khususnya di Tasik Xochimilco dan Tasik Chalco. Disebabkan berlaku pencemaran air di kawasan habitat spesis ini, khususnya di Tasik Xochimilco menyebabkan ancaman kepada spesies ini dan menunjukkan di ambang kepupusan yang ketara.

Antara ancaman besar kepada kepupusan haiwan ini adalah apabila ikan bukan habitat asli diperkenalkan dalam tasik seperti spesies talipia dan perca. Kesannya berlaku persaingan sumber makanan yang sama dan axolotl muda akan menjadi mangsa kepada spesies baru ini.

Langkah pemeliharaan yang dilakukan oleh agensi kerajaan adalah dengan memulihkan habitat spesies ini seperti sediakala. Projek untuk membersihkan dan memulihkan tasik di Mexico yang menjadi habitat semula jadi axolotl. Terdapat juga usaha seperti program pembiakan dalam kurungan untuk memastikan kelangsungan spesies dan kemungkinan pelepasan semula ke habitat semula jadi.

5.        Harimau Bintang Amur (Panthera Pardus Orientalis) – Kurang Daripada 120 di Habitat Liar

(sumber gambar: WWF)

Dikenali sebagai harimau bintang timur jauh, harimau bintang Manchuria atau harimau bintang Korea. Harimau bintang yang jarang ditemui berasal dari Timur Jauh Rusia dan utara China. Ia terkenal dengan bulunya yang tebal dan bercorak unik, serta kemampuan untuk bertahan dalam iklim sejuk.

Seperti mana haiwan yang pupus lain, harimau bintang Amur juga terancam akibat oleh kegiatan manusia. Disebabkan ini juga populasi sumber makanan untuk haiwan ini semakin berkurang dan persaingan harimau bintang Amur sukar mendapatkan makanan yang mencukupi. Masalah seperti ini mendorong kepada fragmentasi habitat haiwan ini menyebabkan populasi harimau bintang Amur terpisah-pisah. Hal ini mengurangkan peluang pembiakan dan meningkatkan risiko kepupusan.

Di Rusia, Taman Negara “Land of the Leopard” telah ditubuhkan di wilayan Primorye, yang bersempadan dengan China, untuk melindungi habitat semula jadi harimau bintang Amur. Kawasan ini menyediakan perlindungan kepada populasi harimau bintang Amur dan spesies lain yang terancam. Progam pembiakan dalam kurungan juga ditubuhkan bagi melindungi spesies ini untuk melahirkan dan membiak dengan selamat di dalam kurungan sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka.

6.        Saola (Pseudoryx Nghetinhensis) – Unicorn Asia

(Sumber gambar: WWF)

Spesies ini adalah mamalia yang paling jarang di temui di dunia. Spesies ini pertama kali ditemui oleh saintis pada tahun 1992 di kawasan Rizab Alam Semula Jadi Vu Quang, Vietnam. Saola mendiami hutan malar hijau di pergunungan Annamite yang terletak antara sempadan Laos & Vietnam. Disebabkan oleh habitatnya yang terpencil dan sukar diakses, saola jarang dilihat oleh manusia, menjadikannya salah satu spesies mamalia bertanduk yang paling misteri dan kurang difahami di dunia sehingga digelar sebagai “unicorn Asia”.

Saola seperti haiwan lain akan kehilangan dan fragmentasi habitat kerana aktiviti pertanian, pembalakan dan penerokaan hutan. Perkara ini akan memecahkan populasi semula jadi Saola yang sememangnya sudah sedia ada kecil. Degradasi habitat ini mengehadkan ruang hidup dan sumber diperlukan oleh saola.

Oleh kerana saola sangat jarang ditemui, penyelidikan mengenai ekologi dan tabiatnya adalah terhad. Pengunaan kamera perangkap dan teknik pemantauan membantu dalam mengumpul data tentang populasi dan taburan saola.

7.        Ungka Hainan (Nomascus Hainanus) – Spesis Primat Paling Terancam

(Sumber gambar: fundacionmona.org)

Spesies yang berasal dari Pulau Hainan, China. Spesies ini hanya tinggal kurang daripada 40 ekor dalam lima keluarga. Ungka Hainan adalah spesies mawas yang sangat terancam dan seperti kebiasaan haiwan lain iaitu akibat fragmentasi habitat dan kehilangan habitat.

Namun, mawas ini dikatakan diancam kepupusan akibat daripada perubahan iklim global yang ketara. Perubahan dalam corak cuaca, seperti peningkatan suhu dan perubahan dalam jumlah cahaya matahari, mempengaruhi masa berbunga dan berbuah tumbuhan yang menjadi sumber makanan utama ungka Hainan. Kajian menunjukkan bahawa antara bulan Januari hingga April, terdapat kekurangan makanan yang ketara bagi ungka Hainan, yang berkaitan dengan perubahan dalam fenologi tumbuhan akibat faktor iklim.

Bagi langkah pemeliharaan, jambatan tali telah dibina pada tahun 2015 bagi membantu ungka Hainan bergerak dari kawasan hutan ke hutan yang lain yang terpisah akibat tanah runtuh. Hal ini akan merapakatkan fragmentasi habitat spesies ini dan memudahkan mereka untuk mencari makanan dan pasangan.

Kesimpulan

Kepususan spesies seperti vaquita, badak jawa, saola dan pangolin, axolotl, harimau bintang Amur dan ungka Hainan berpunca daripada kombinasi faktor seperti kehilangan habitat, pemburuan haram, perubahan iklim dan pemisahan kawasan populasi. Spesies-spesies ini menghadapi ancaman yang semakin meningkat akibat aktiviti manusia dan perubahan alam sekitar yang drastik.

Namun, masih ada harapan untuk menyelamatkan mereka melalui usaha pemuliharaan yang menyeluruh. Langkah-langkah seperti perlindungan habitat, penguatkuasaan undang-undang, pembiakan dalam kurungan, penyelidikan saintifik, serta pendidikan dan kesedaran masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan hidup spesies yang hampir pupus ini.

Masa depan spesies ini bergantung kepada usaha bersepadu antara kerajaan, NGO, penyelidik dan masyarakat global. Jika tindakan segera dan berkesan diambil, kita masih berpeluang untuk memulihkan populasi mereka dan memastikan generasi akan datang dapat melihat keunikan biodiversiti dunia ini. Kepupusan bukanlah sesuatu yang boleh dipulihkan, tetapi ia masih boleh dicegah.

Related Posts