Perompak Yang Kurang Popular di Amerika pada 1930-an

Era rompakan bersenjata pada tahun 1930-an mungkin lebih mengaitkan nama-nama terkenal seperti Dilingger atau pasangan kejam iaitu Bonnie dan Clyde. Nama-nama yang mungkin tidak ramai orang tahu tetapi mempunyai prestij keganasan yang luar biasa seperti Doc Barker tidak mendapat liputan yang meluas dalam media pada ketika itu.

Pada tahun 1920-an, peningkatan kumpulan samseng di seluruh Amerika Syarikat bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah membawa kepada peningkatan jenayah kejam kepada negara pada ketika itu. Penjenayah-penjenayah melakukan pelbagai aktiviti haram seperti penyeludupan arak dalam jumlah yang besar membawa kepada keuntungan berjuta-juta dolar. Disebabkan cara perolehan duit dengan senang kebiasaannya memerlukan kejadian pertumpahan darah yang serius.

Pada tahun 1929, berlaku krisis ekonomi yang teruk dan telah mengakibatkan nilai saham jatuh merundum. Kesan ini menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kemelesetan ekonomi yang serius dan dipanggil sebagai “The Great Depression”. Secara tidak langsung, masalah ini membawa kepada jenayah rompakan bank bagi menyelesai kebuluran bagi sesetengah manusia. Nama-nama penjenayah terkenal seperti Delingger dan Baby-Face Nelson diibaratkan seperti ‘Robin Hood’ kerana kononnya merompak untuk memusnahkan sistem korupsi. Tidak semua penjenayah mendapat liputan meluas, namun nama-nama seperti Karl Lamm, Doc Barker dan Tommy Carroll juga merupakan penjenayah bersikap kejam, berorganisasi dan berhati kering.

Karl Lamm: Perintis Teknik Lamm

Kebiasaannya rompakan yang dilakukan oleh penjenayah disusun secara memerhati, merompak dan melarikan diri. Karl Lamm merupakan penjenayah yang memulakan sistem rompakan dengan lebih moden dan teliti. Karl Lamm atau Baron Lamm merupakan bekas seorang tentera terlatih di Jerman sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1914. Beliau telah mengaplikasikan kemahiran perancangan dalam tentera dalam aktiviti merompak bank.

Karl Herman Lamm
Karl Herman Lamm

Perancangan yang dilakukan oleh Karl Lamm sangat teliti dan berdisiplin. Beliau membuat perancangan yang lama dan terdapat beberapa perancangan sandaran untuk beberapa keberangkalian. Karl Lamm akan meneliti bank sasaran untuk beberapa minggu sebelum kejadian. Beliau akan memerhati pergerakan masuk dan keluar pegawai keselamatan, meneliti pelan lantai, beberapa lokasi untuk melarikan diri dan jadual bank. Beliau memetakan jalan keluar dan akan membuat perancangan bersama beberapa orang pemandu yang telah dilatih dengan menggunakan kereta berkuasa tinggi. Mereka juga melakukan latihan demonstasi beberapa kali dan teknik ini kemudiannya dinamakan sebagai “Teknik Lamm”.

Karl Lamm terlibat dengan beberapa siri rompakan sejak tahun 1918 sehingga 1930. Nilai hasil rompakan dalam jumlah lingkungan rentetan masa ini dianggarkan lebih kurang 1 juta dolar. Beliau dikatakan merupakan perompak yang paling efisyen pada era tersebut. Pada tahun 1930 merupakan siri rompakan beliau yang terakhir dan perancangan beliau sudah disedari oleh penguatkuasa. Lamm cuba untuk merompak Bank di Clinton, Indiana. Kejadian kejar mengejar dan tembak-menembak antara kumpulan Karl Lamm dan penguatkuasa berakhir di sebuah ladang apabila kumpulan mereka berjaya dikepung. Karl Lamm menembak diri sendiri dengan menggunakan senapang di kepala kerana tidak mahu menyerah diri. Teknik Lamm telah menjadi rujukan kepada penjenayah seterusnya iaitu John Delingger.

Doc Barker: Perompak dan Penculik

Arthur Barker juga dikenali sebagai Doc Barker mula mengikuti kumpulan kongsi gelap abangnya iaitu Barker-Karpis selepas beliau dibebaskan atas kesalahan membunuh pada tahun 1932. Beliau mempunyai sejarah jenayah seperti mencuri kereta dan membunuh.

Arthur Barker
Doc Barker

Pada tahun 1933, kumpulan mereka pernah terlibat dengan beberapa siri rompakan di tiga negeri di Amerika. Pada tahun 1934, Doc Barker terlibat dengan dua kes penculikan berprofil tinggi yang memberi mereka duit tebusan bernilai 300, 000 dollar. Penculikan ini membawa kepada penangkapan beliau kerana melibatkan anak rakan baik presiden Amerika Syarikat, Rossevelt. Pada tahun 1934, Doc Barker ditangkap di Chicago. Beliau telah dihantar ke penjara yang paling menggerunkan iaitu Alcatraz. Pada tahun 1939, Doc Barker telah ditembak mati kerana cuba untuk melarikan diri dari penjara.

Tommy Carroll: Orang Kanan John Dellinger

Pada awal tahun 1930-an, nama terkenal seperti Dellinger sering menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar harian. Namun, seorang orang kanan Dellingger iaitu Tommy Carroll kurang diceritakan. Beliau merupakan bekas tentera dan telah menjadi seorang peninju serta perompak untuk menyara hidup. Dalam tahun 1920-an, Carroll terlibat dengan beberapa kes jenayah dan dipenjarakan dalam masa yang singkat. Pada tahun 1927, beliau pernah ditangkap atas jenayah rompakan bersenjata dan dipenjara selama 5 tahun.

Tommy Carroll

 Pada tahun 1933, beliau menyertai kumpulan samseng Dellinger. Beliau membantu Dellinger dalam siri rompakan di Minnesota dan beliau dihantar ke Texas untuk mendapatkan bekalan senjata api. Dua orang sherif memerhati beliau dan mengesyaki sesuatu. Carroll menembak mati salah seorang daripada mereka manakala salah seorang sherif lagi cedera namun berjaya melarikan diri.

Carroll mengikut satu rompakan besar-besaran di Iowa dan selepas itu kumpulan Dellinger cuba untuk berdiam diri untuk seketika kerana penguatkuasa FBI dalam mencari penjenayah-penjenayah ini. Namun, FBI telah menyerbu markas mereka di Wisconsin menyebabkan berlaku kejadian tembak-menembak besar-besaran. Carroll cuba melarikan diri namun beliau telah tersilap meletakkan kenderaan di hadapan stesyen polis. Polis berjaya menembak mati Carroll apabila beliau cuba untuk melarikan diri. Pada tahun 1939, FBI telah berjaya menumpaskan kumpulan perompak paling teruk di Amerika Syarikat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *